TECHNOFIT CSR: SUMBANGAN KEPERLUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN
TECHNOFIT CSR: SUMBANGAN KEPERLUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN
Selasa, 31 Mac 2020 – Sebagai langkah proaktif dan keprihatinan kami terhadap situasi pandemik Covid19 ketika ini, TECHNOFIT dengan kerjasama Kelab Sosial dan Rekreasi TECHNOFIT (TSREC) serta Pasukan Pejabat Cawangan 1 dan pasukan Gudang TECHNOFIT yang telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan keperluan pakaian perlindungan diri (PPE), penutup muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan di Hospital Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. Penyampaian bantuan-bantuan tersebut telah direalisasikan oleh pasukan Pejabat Cawangan 1 dan pasukan Gudang TECHNOFIT.
TECHNOFIT berharap dengan menyalurkan bantuan keperluan pakaian perlindungan diri (PPE) serta penutup muka kepada petugas barisan hadapan negara dapat melindungi mereka daripada penularan wabak covid-19 semasa menjalankan tugas. TECHNOFIT merasa bertanggungjawab untuk memainkan peranan kami dalam menyalurkan keperluan kepada yang memerlukan demi kebaikan semua bagi memudahkan mereka untuk menjaga keselamatan setiap rakyat Malaysia.
Terima kasih Petugas Barisan Hadapan!



