TECHNOFIT PROGRAM : PENILAIAN PERTANDINGAN KAD RAYA KREATIF 2023
Pertandingan Kad Raya Kreatif 2023 anjuran Jabatan Perhubungan Korporat yang berkonsepkan “Do-It-Yourself” telah berlangsung dari 20hb Mac sehingga 11hb April 2023.
Proses pengadilan juga telah diadakan hari ini 12hb April oleh panel juri yang terdiri daripada barisan pengarah TECHNOFIT. Di kesempatan ini, pihak pengurusan mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas penyertaan dari jabatan-jabatan di ibu pejabat mahupun pejabat rantau.
Semoga kemenangan di tangan anda!




