RAMADAN 1447H I 2026M
Pihak Pengurusan dan seluruh Warga Kerja TECHNOFIT ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Semoga Ramadan tahun ini menjadi medan untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyakkan amal kebajikan serta memperkukuh nilai integriti, disiplin dan semangat kebersamaan dalam melaksanakan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Semoga setiap amal ibadah yang dilaksanakan diterima dan diberkati.
