TECHNOFIT CSR : TABUNG PKP TECHNOFIT
TECHNOFIT CSR : TABUNG PKP TECHNOFIT
Sebagai langkah proaktif dan keprihatinan kami terhadap situasi pandemik Covid19 ketika ini, TECHNOFIT dengan kerjasama Kelab Sosial dan Rekreasi TECHNOFIT (TSREC) telah memulakan TABUNG PKP TECHNOFIT yang bertujuan untuk membantu individu, keluarga dan komuniti yang terjejas akibat wabak pandemik Covid19.
Dengan dana yang terkumpul, TECHNOFIT telah menyalurkan bantuan bantuan kepada komuniti yang terjejas di sekitar Pejabat-pejabat TECHNOFIT.
Bermula 10hb Julai – 19hb Julai 2021, wakil TSREC dari Ibu Pejabat TECHNOFIT telah menyalurkan bantuan keperluan asas serta keperluan susu dan lampin bayi kepada 40 keluarga yang terjejas di sekitar Ibu Pejabat TECHNOFIT. Antara komuniti yang menerima sumbangan tersebut adalah keluarga – keluarga yang menetap di Taman Fiona dan juga Pangsapuri Mesra, Batu Caves, Selangor. Manakala, bantuan berbentuk baucar runcit juga telah disalurkan ke Surau Al-Izzah, Batu Caves, Selangor bagi tujuan perbelanjaan surau. Selain itu, TSREC juga telah menyediakan 100 ‘Lunch Box’ percuma kepada penunggang dan pemandu servis penghantaran yang berada di sekitar Ibu Pejabat TECHNOFIT.
TECHNOFIT bersama TSREC berharap agar inisiatif ini dapat dimanfaatkan oleh komuniti-komuniti yang terjejas sepanjang Lockdown 3.0 ini.
Untuk pengetahuan umum, kami masih menerima sumbangan bagi melancarkan lagi program-program bantuan yang telah dirancang dari semasa ke semasa.
Sumbangan boleh dilakukan secara atas talian seperti dibawah:-
BANK : CIMB BERHAD
NAMA AKAUN : KELAB SOSIAL & REKREASI TECHNOFIT
NO. AKAUN : 8600535255
Sila nyatakan “TABUNG PKP TECHNOFIT” di ruang “payment reference” dan emailkan slip pembayaran ke technofit@technofit.com.my
Terima kasih rakyat Malaysia kerana menyokong inisiatif kami !




