TECHNOFIT PROGRAM : BUAL BICARA – MUSIBAH KESEMPATAN KEDUA (KEHIDUPAN & KERJAYA) (27HB OGOS 2021)
TECHNOFIT PROGRAM : BUAL BICARA – MUSIBAH KESEMPATAN KEDUA (KEHIDUPAN & KERJAYA) (27HB OGOS 2021)
Seluruh warga kerja TECHNOFIT dan juga warga maya Facebook Page TECHNOFIT menyertai Program Bual Bicara anjuran pihak TECHNOFIT secara atas talian melalui aplikasi Zoom dan Facebook Live pada 8.30AM, 27hb Ogos 2021, Jumaat.
Program Bual Bicara itu dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Hj. Mohd Izuddin bin Hj. Mohd Ilias dan telah dimeriahkan lagi dengan jemputan khas, YBhg. Dato’ Ustaz Mohd Kazim Bin Elias yang bertajuk Musibah Kesempatan Kedua (Kehidupan & Kerjaya).
Program yang berlangsung selama satu jam ini dipenuhi dengan tips-tips dan juga kata-kata semangat buat wargakerja TECHNOFIT serta penonton Facebook Live dalam mendepani hari-hari seterusnya.
TECHNOFIT berharap semoga program yang telah berlangsung itu mendapat keberkatan dari Allah SWT dan semoga bermanfaat kepada seluruh warga kerja TECHNOFIT dan warga maya yang mengikuti program ini.
#StrivingForExcellence
#BeyondClientsExpectation
#Technofit
#Covid
#BualBicara

