TECHNOFIT PROGRAM : MAJLIS RUMAH TERBUKA TECHNOFIT 2022 | 1443H
TECHNOFIT telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka 2022 | 1443H pada 27 Mei 2022 bertempat di The Barn Depot, Gombak. Majlis ini telah dikunjungi kira kira 300 tetamu termasuk warga kerja TECHNOFIT, rakan niaga serta pembekal-pembekal syarikat. Anak-anak tahfiz bersama tenaga pengajar Maahad Tahfiz Muaz Al-Hikmah turut hadir memeriahkan majlis dan telah menerima sumbangan daripada pihak TECHNOFIT.Majlis tersebut dimeriahkan lagi oleh alunan lagu-lagu perayaan Aidilfitri bersama jamuan-jamuan raya seperti lemang, rendang dan sebagainya. Matlamat penganjuran majlis ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara warga kerja TECHNOFIT serta bagi menghargai penglibatan rakan niaga dan pembekal-pembekal dalam sama-sama membina kejayaan TECHNOFIT sepanjang 24 tahun di dalam industri.










