TECHNOFIT PROGRAM : SUASANA PERTANDINGAN KAD RAYA KREATIF 2023
Kehangatan lebaran aidilfitri tahun 2023 kini kian dirasai. Dengan adanya “Pertandingan Kad Raya Kreatif” yang telah dianjurkan oleh Jabatan Perhubungan Korporat pada tahun ini, ianya dapat memeriahkan lagi sambutan hari raya di premis-premis TECHNOFIT.
Program merekabentuk kad raya “Do-It-Yourself” ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama sekaligus dapat mengeratkan silaturahim antara warga kerja TECHNOFIT. Persiapan pertandingan antara jabatan ini masih berlangsung dan akan diadili pada 12hb April 2023.
SELAMAT MAJU JAYA TECHNOFITIAN!
#PertandinganKadRayaKreatif2023




