TECHNOFIT CSR: SUMBANGAN KEPERLUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

TECHNOFIT CSR: SUMBANGAN KEPERLUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN
Khamis, 2 April 2020 – Sebagai langkah proaktif dan keprihatinan kami terhadap situasi pandemik Covid19 ketika ini, TECHNOFIT dengan kerjasama Kelab Sosial dan Rekreasi TECHNOFIT (TSREC) telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan keperluan kanopi, kipas, sarung tangan, pencuci tangan, sanitizer tangan, tisu dan penembak jangka suhu untuk kegunaan petugas barisan hadapan di Klinik Desa Kampung Tok Muda, Kapar, Klang. Penyampaian bantuan-bantuan tersebut telah direalisasikan oleh pasukan Pejabat Cawangan 2 TECHNOFIT.
TECHNOFIT berharap dengan menyalurkan bantuan keperluan kanopi, kipas, sarung tangan, pencuci tangan, sanitizer tangan, tisu dan penembak jangka suhu kepada petugas barisan hadapan negara dapat melindungi mereka daripada penularan wabak covid-19 serta memudahkan urusan mereka semasa menjalankan tugas. TECHNOFIT merasa bertanggungjawab untuk memainkan peranan kami dalam menyalurkan keperluan kepada yang memerlukan demi kebaikan semua bagi memudahkan mereka untuk menjaga keselamatan setiap rakyat Malaysia.
Terima kasih Petugas Barisan Hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *