TECHNOFIT CSR: SUMBANGAN KEPERLUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN
TECHNOFIT CSR: SUMBANGAN KEPERLUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN
Isnin, 13 April 2020 – Sebagai langkah proaktif dan keprihatinan kami terhadap situasi pandemik Covid19 ketika ini, TECHNOFIT dengan kerjasama Kelab Sosial dan Rekreasi TECHNOFIT (TSREC) telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan keperluan iaitu penutup mulut dan hidung kepada petugas barisan hadapan. Penyampaian bantuan-bantuan tersebut telah direalisasikan oleh pasukan Pejabat Cawangan 3 TECHNOFIT di Balai Polis Bayu Damai, Pengerang, Johor Darul Ta’zim.
TECHNOFIT berharap dengan menyalurkan bantuan penutup mulut dan hidung kepada petugas barisan hadapan negara dapat melindungi mereka daripada penularan wabak covid-19 semasa menjalankan tugas. TECHNOFIT merasa bertanggungjawab untuk memainkan peranan kami dalam menyalurkan keperluan kepada yang memerlukan demi kebaikan semua bagi memudahkan mereka untuk menjaga keselamatan setiap rakyat Malaysia.
Terima kasih Petugas Barisan Hadapan!

