TECHNOFIT PROGRAM : IHYA’ RAMADAN – PENGEDARAN BUBUR LAMBUK, IFTAR & MOREH UNTUK KOMUNITI – KL & JOHOR

TECHNOFIT PROGRAM : IHYA’ RAMADAN – PENGEDARAN BUBUR LAMBUK, IFTAR & MOREH UNTUK KOMUNITI – KL & JOHOR

Pada 15 Februari, bersamaan 4 Ramadan 1445H, pihak pengurusan TECHNOFIT bersama wargakerja Ibupejabat,KL dan Pejabat R3, Johor telah mengadakan program Ihya’ Ramadan – Pengedaran Bubur Lambuk, Iftar & Moreh bersama Komuniti.

Selain daripada menghidupkan bulan suci Ramadan dengan aktiviti bersedekah dan berkongsi rezeki, inisiatif murni ini juga merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bulanan TECHNOFIT. Seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2 dan 11 – menamatkan kelaparan, mencapai jaminan makanan dan nutrisi yang lebih baik dan menjadikan petempatan inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan, TECHNOFIT ingin turut sama menyumbang dalam usaha mencapai kedua dua matlamat ini.

TECHNOFIT mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Surau Darul Muhajirin, Taman Selaseh Fasa 2, Batu Caves (HQ) dan Masjid Al-Amin, Kg. Sungai Dinar, Mukim Serkat (R3) atas kesudian berkerjasama dalam menjayakan program ini.

Hadis Rasulullah SAW menyebut “”Barang siapa yang memberi makanan berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, adalah baginya pahala seumpama pahala puasa orang tersebut.”

#StrivingForExcellence

#BeyondClientsExpectation

#Technofit

#Ramadan1445H

#CSR

#SDG2

#SDG11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *