ISRAK DAN MIKRAJ 2026
Sempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj, marilah kita menghayati hikmah perjalanan agung Rasulullah SAW sebagai peringatan untuk memperkukuh keimanan, memperbaiki akhlak serta mempertingkatkan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab sama ada dalam kehidupan peribadi mahupun profesional.
Semoga peristiwa yang penuh pengajaran ini menjadi pemangkin untuk kita terus mengamalkan nilai integriti, disiplin dan keikhlasan serta sentiasa meletakkan kepercayaan kepada kekuatan doa dalam setiap langkah kehidupan.
Salam Israk Mikraj.
