Kiraan Detik Menuju Ramadan 1447H I 2026
Assalamualaikum w.b.t,
Bulan Ramadan yang penuh keberkatan semakin menghampiri, marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan penuh keikhlasan, muhasabah diri serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kehidupan peribadi dan juga profesional.
Tarikh Mula Kiraan: Jumaat, 16 Januari 2026
Permulaan Ramadan: 19 Februari 2026
Jumlah Hari Berbaki: 35 hari
Semoga ketibaan Ramadan ini menjadi peluang untuk kita mempertingkatkan nilai integriti, disiplin serta produktiviti, bukan sahaja di tempat kerja malah dalam kehidupan seharian.
