Al – FATIHAH
Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, kami merakamkan salam takziah atas pemergian Pengurus Besar Kanan, Encik Mohd Kamal bin Mohd Zawawi yang amat kami hormati.
Sesungguhnya, pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat seluruh organisasi. Beliau merupakan seorang pemimpin yang bukan sahaja berdedikasi tinggi, malah sentiasa memastikan setiap amanah dan tanggungjawab dilaksanakan dengan penuh komitmen dan ketelitian.
Keperibadian beliau yang kuat bekerja, tenang dalam memimpin, serta sentiasa mengutamakan kecemerlangan akan terus terpahat dalam ingatan kami semua.
Semoga segala jasa dan pengorbanan beliau menjadi amal jariah yang berpanjangan, dan beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Salam Takziah,
Pihak Pengurusan & Seluruh Warga Kerja TECHNOFIT

