KUNJUNGAN PRIHATIN BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM EN. MOHD KAMAL
BIN DATO’ MOHD ZAWAWI
Pada 9 April yang lalu, wakil daripada pihak TECHNOFIT dan Kelab Sosial & Rekreasi TECHNOFIT (TSREC) telah berkunjung ke rumah keluarga Allahyarham En. Mohd Kamal bin Dato’ Mohd Zawawi, Pengurus Besar Kanan, Unit Perniagaan 2, yang telah meninggal dunia pada 25 Mac 2026, bersamaan 5 Syawal 1447H. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak berusia antara 5 hingga 28 tahun.
Pihak TECHNOFIT dan TSREC berharap agar sumbangan ikhlas serta ziarah ini dapat memberikan sedikit sebanyak sokongan sebagai tanda keprihatinan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.


