MAJLIS IFTAR TECHNOFIT HQ 2025
MAJLIS IFTAR TECHNOFIT HQ 2025
Pada 11hb Mac, Majlis Iftar TECHNOFIT HQ 2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di MPAJ Convention Centre, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh pengarah, pihak pengurusan, seluruh warga kerja Kumpulan Syarikat TECHNOFIT, serta ahli keluarga. Suasana penuh keakraban dan kebersamaan dapat dirasai sambil menikmati juadah berbuka puasa.
Semoga majlis ini menjadi medium untuk mengeratkan silaturrahim antara warga kerja dan pihak pengurusan TECHNOFIT, serta mewujudkan suasana kerja yang harmoni serta semangat kebersamaan yang kukuh!










