SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS DOA KESYUKURAN ULANG TAHUN TECHNOFIT KE-28
Sempena sambutan ulang tahun TECHNOFIT yang ke-28 di Elissa Garden, majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Bashirudin bersama para pelajar Maahad Tahfiz Muaz Al-Hikmah.
Sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada maahad tahfiz, TECHNOFIT turut menyampaikan sumbangan CSR yang boleh dimanfaatkan bagi keperluan harian serta kebajikan para pelajar maahad.
Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta terus mengeratkan hubungan TECHNOFIT bersama komuniti setempat.


