TECHNOFIT CSR: SUMBANGAN KEPERLUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

Sebagai langkah proaktif dan keprihatinan kami terhadap situasi pandemik Covid19 ketika ini, TECHNOFIT dengan kerjasama Kelab Sosial dan Rekreasi TECHNOFIT (TSREC) telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan bantuan keperluan makanan dan minuman serta penutup mulut dan hidung kepada petugas barisan hadapan. Penyampaian bantuan-bantuan tersebut telah direalisasikan oleh pasukan Pejabat Cawangan 2 & 3 TECHNOFIT.
Pada 28 Mac 2020, Pejabat Cawangan 3 TECHNOFIT telah memberi sumbangan berbentuk makanan dan minuman serta penutup hidung dan mulut kepada petugas barisan hadapan di kawasan Sungai Rengit, Bayu Damai dan Bandar Penawar, Pengerang, Johor Darul Ta’zim.
Petugas barisan hadapan di kawasan Klang, Selangor Darul Ehsan juga tidak terkecuali daripada agihan bantuan. Aktiviti agihan bantuan makanan dan minuman juga telah dijalankan oleh Pejabat Cawangan 2 TECHNOFIT pada 29 Mac 2020.
TECHNOFIT berharap dengan menyalurkan bantuan makanan dan minuman serta penutup mulut dan hidung kepada petugas barisan hadapan negara dapat membekalkan tenaga kepada mereka serta melindungi mereka daripada penularan wabak covid-19 semasa menjalankan tugas. TECHNOFIT merasa bertanggungjawab untuk memainkan peranan kami dalam menyalurkan keperluan kepada yang memerlukan demi kebaikan semua bagi memudahkan mereka untuk menjaga keselamatan setiap rakyat Malaysia.
Terima kasih Petugas Barisan Hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *