TECHNOFIT MENYOKONG TNB DALAM MEMPERKASA PERTUMBUHAN BUMIPUTERA DALAM INDUSTRI TENAGA.

TECHNOFIT MENYOKONG TNB DALAM MEMPERKASA PERTUMBUHAN BUMIPUTERA DALAM INDUSTRI TENAGA.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan sekadar mengurus pembekalan tenaga elektrik di seluruh negara, malah turut berperanan dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menyokong syarikat Bumiputera dalam meneroka industri penjanaan tenaga di Malaysia serta di peringkat antarabangsa. Selari dengan usaha ini, TECHNOFIT komited untuk menyokong inisiatif TNB dengan mengukuhkan keupayaannya dalam sektor tenaga serta meneroka peluang baharu, sekali gus bersama-sama memajukan industri tenaga Bumiputera di peringkat domestik dan antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, TECHNOFIT amat berbesar hati dengan pelantikan sebagai vendor di bawah Program Pembangunan Vendor Bumiputera 3.0 (PV3.0) TNB. Pelantikan dan penghargaan ini bakal memacu pertumbuhan TECHNOFIT ke arah yang lebih mampan (sustainable) dan berdaya tahan (resilient) melalui platform yang disediakan di bawah PV3.0.

Inisiatif PV3.0 ini sejajar dengan SDG 8 (Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi) kerana ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing syarikat Bumiputera dalam sektor tenaga. Pada masa yang sama, ia juga menyokong SDG 9 (Industri, Inovasi, dan Infrastruktur) dengan menggalakkan penggunaan teknologi serta memperkukuh daya inovasi dalam industri tenaga tempatan. Selain itu, kerjasama erat antara TNB dan TECHNOFIT selari dengan SDG 17 (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat), yang menekankan kepentingan sinergi antara sektor awam dan swasta dalam memperkasa ekonomi dan industri tenaga yang mampan.

Ikuti temu bual penuh bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan dalam episod Ngopi x CEO di aplikasi YouTube Channel 10 Malaysia.

Klik pautan https://www.youtube.com/watch?v=s9F9DSetzks&t=28s untuk temu bual penuh.

#StrivingForExcellence

#BeyondClientsExpectation

#TECHNOFIT

#TNB

#PV3.0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *