TECHNOFIT PROGRAM : MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI RAYA & MAJLIS IFTAR TECHNOFIT 2023
Pengarah Urusan Kumpulan TECHNOFIT, Datuk Ts. Hj. Mohd Izuddin bin Hj. Mohd Ilias bersama Ketua Pengawai Eksekutif, Encik Sugumaran menyantuni warga kerja TECHNOFIT dalam sesi penyampaian cenderahati raya bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2023.
Acara itu berlangsung sejurus tamatnya Majlis Iftar TECHNOFIT yang dihadiri oleh rakan-rakan strategik dan juga ahli keluarga warga kerja TECHNOFIT.
Semoga dengan adanya majlis sebegini, hubungan sesama warga kerja dan pihak pengurusan kekal akrab dan harmoni demi keberlangsungan bersama.




