TECHNOFIT NEWS : MAJLIS SILATURAHIM PUNB & SAMBUTAN AIDILFITRI MDV
TECHNOFIT NEWS : MAJLIS SILATURAHIM PUNB & SAMBUTAN AIDILFITRI MDV
Pada 30 April yang lalu, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Ts. Hj. Mohd Izuddin dan wakil pihak pengurusan TECHNOFIT telah menyantuni Majlis Silaturahim undangan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di Hotel Grand Hyatt.
Pada hari yang sama, mereka turut mengimarahkan Majlis Sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) di KLCC Convention Centre. TECHNOFIT mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diatas jemputan yang amat bermakna ini.
Seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan 17 – Kerjasama demi Matlamat : menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan, TECHNOFIT berharap tujuan dan manfaat majlis anjuran ini dapat dijadikan sebagai platform untuk merapatkan lagi hubungan profesional dan kerjasama di antara TECHNOFIT bersama PUNB dan MDV.







